Wednesday, February 29, 2012

Biar Mimpi sampai Ke Bintang

Asssalamualaikum W.b.t....



Dlm kepenatan seharian bekerja,rasa cam bahagia jew bile tgk telemovie lakonan randy Panggalila ngn elfira loy...biar mimpi sampai kebintang,sungguh pown byk kali ak dah tgk tp x penah pown jemu.Cam sweet jew percintaan dieorg sungguh pown x bercinta btl2..Klo la ak dpt bercinta cm tu mesty best,tp x boleh lakukan bnde2 tu...sampai peluk2,mmg kena lah pada tjukye klo nk bermimpi biar sampai kebintang klo x pown dpt tgk bintang tu pown jadi la...ak pown x taw ap yg ak merepek mlm nie dah bengong da kpale akap yg ak nk sampai yg cte biar mimpi sampai kebintang tu mmg "terbaek" hihi ^_^

Friday, February 24, 2012

X semestinye perlukan insan bergelar Lelaki

Assalamualaikum w.b.t


   Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Wednesday, February 15, 2012

Lagi2 kapel...

Assalamualaikum w.b.t.....

Sory lg blog ak nie mmg mcm2 perasaan ak tulis kt sini...mesty cm org giler  punye blog kn..
Tapi  sekurang-kurangnya  ak rase lega taip kt sini..nk ckp kt org t org salah faham jadi lain plak.
Ak bukanya ap ak tgk ade la polan nie bru blajar bercinta  dah beria-ria cm org lain x pnh ade kwn istemewa.

Nak jiwang2 konon depan org klo halal x pe jgk.caring bagai nk *rak* bila ngan  sibling cm nk telan jew

Masa jalan2 terserempak ngn dua manusia nie,wah2 sonok2 pelok nmpak org pandai plk lepas.sekrg nie
da x kesah buat depan org,mne x agama lain pandg rendah pd agama islam,yg pakai tudung cukop,
pastu yg mulot x bertauliah nie pakai je tudung perangai..x pasai2 org pakai tudung kena.huh
.
*Jgn jadi cam nie..

.Lagi kes kapel nie,.klo korang baca nie mesti cakap ak nie jelous la sbb ak xde..
bukannya apa cm xde perasaan pown ade manusia nie..senang jew tukar2 pasangan.ape org tua kate,
*Patah tumbuh hilang berganti,bak kte makcik ak perli ank buah die,'org patah x tumbuh2 ko apatah tumbuh terus brganti"

Tukar2 pasangan sekelip mata jew,yg ak pelik tu x malu ke nk luah2 prasaan org yg lain2..
Dulu bila dgr cite2 org lame,dulu atok ade sorang gf,tapi kwin ngn nenek kau org nie sbb moyang 
kauorg dah brkenan.tapi klo sekarang senang jew tukar2..bukan adesorang @ berdua lebih 10 pown 
ade,ish2....
Mungkin spesis nie jenis murah hatikan terima sesape jew jnji boleh feeling2..
Ak bukannya apa cume sedey tgk terlalu taksub dgn cinta sampai lupa dgn cinta yg hakiki...
mmg ak tulis nie pown bkn nk mengata ak pown penah brcinta,tapi setelah ak dihantar utk mngikuti program
PLKN,banyak yg ak blajar,termasuk la pasal dunia percintaan nie.
sekarang banyak cite yg ditayangkan bercinta selepas kwin,x salah sambil tgk tu pikirkan..

*Ini okey!!


p/s:bercinta tu x kan jadi haram klo anggap hubungan tu untuk dihalal kan,tapi skrg bnyk utk suka2 jew..
*tepuk dada tanyalah hati,jgn mudah "patah tumbuh,hilang berganti"

Tuesday, February 14, 2012

Kerinduan yg hadir ...

Assalamualaikum wbt..


Hari ni rasa cam feel baik sikit,td x brape sihat,lps tu da okey..sblom isyk td da tdo
mlm nie da x leh tido...layan cite "biar mimpi sampai ke bintang" 
*randi pangalila n elfira loy*lakonan dua negara yg sangat
romantik...kadang2 dlm hidup nie boleh buat kita rasa seronok,kadang2 sedeh.
tapi apa yg ak dapat keikhlasan tu penting.biar la kita xdpt ap yg diimpikan tu tp yg penting
kita happy dalam hidup nie..sbb hidup nie sekali jew..walau ak x dpt keindahan dlm
'sebuah percintaan antara makluk'ak x kesah janji cinta drpd dia yg 
kekal boleh buat ak happy sampai bila2.
x susah untuk rasa kasih syg tu cuma yg penting diri kita mesti mula kan dulu 
sebelum mengharapkan drpd sesiapa pun..

p/s:belajar untuk menyayangi dahulu sebelum disayangi
      Apa yang harus aku                         membuat kau mencintaiku
lakukan untuk
 segala upaya tlah ku lakukan untukmuapa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangikuinilah aku yang memilih kau 
 untukkukarna aku mencintaimudan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah dan takkan berhenti mencintaimu
ku berjuang dalam hidupkuuntuk selalu memilikimu
seumur hidupku, setulus hatiku 
hanya untukmuseumur 
hidupku,setulus 
 hatiku




Monday, February 6, 2012

SaLam MauLidur RasuL 1433/2012

salam Maulidur Rasul 1433 kepada semua umat Islam...
mari berselawat ke atas Nabi Junjungan Kita...'
Nabi Muhammad S.A.W
Jangan la kita sekadar mengetahui tarikh ini,tapi
mengerti ap yg sepatutnya kita lakukan...
setiap detik dn ketika hanya 'umati'pada lafaz kekasih Allah ini....

 Teringat pulak mse kt asrama dlu perarakan bdk asrama,
sempena hari keputeraan Nabi Muhammad S.a.w..
walau simple mne perarakan itu 
tetap ade kesan....

[En,Google Images]
Teringat dgn kwn2 yg x brape nk btl otk giler2..
tp msih ade rasa kmanusiaan sehingga menitiskn air mata mse ceramah
olh pnceramah jmputan,yg klakar ustaz tu bg pluang spe nk tdur..
sorang pown x tdo..tu la mnusia kn org bg
buat x nk..yg x suruh la nk buat...
dunia2,,
^_-

Tanya Pada Hati Bkn Pada Nafsu..

Tanya pada diri,'wahai diri kenapa kau sangat lemah?' Kenapa kau sering tunduk pada nafsu?
Sedangkan kau seorang muslim yang mmpunyai Tuhanmu.Dia sering mmberikan yg terbaik jgn la 
kau nafikn kehendaknya..
Dalam kebenaran tiada berdusta,dirimu beharga dr segala-galanya,
Katakn pada hati biarlah resah kerana dosa dan noda tapi bukan kerana godaan.''
Tiada duka yg abadi didunia,mlm akn berakhir,takdir hidup harus dijalani...
hati menyakini semuanya akn indah pada akhirnya....
semanjak dua nie ak rasa sangat kosong..kat mne silapnya ak.waktu bagai gelap dan terang
dalam langkah perjalanan x sempurna..
apa yg ak buat serba x kena...
Mungkinkah ak dah semakain jauh dri landasan..ku harap hanya dirimu yg bertahta..

Mengharapkan ketenangan dalam mencari kebenaran