Friday, May 21, 2021

Rendang ayam kerisik

Assalamualaikum,
Salam syawal ke 8 salam pkp 3.0..Nampaknya 2 tahun dah beraya dalam perintah kawalan pergerakan.Harap tahun depan dah boleh beraya macam dulu-dulu.Bukan apa kesian dekat budak-budak kita yang tua ni tak da apa sangat kan.

Menu raya adik dan nasi goreng untuk suami



Hari isnin haritu masak untuk adik yang bekerja raya .Ni dia dah cuti kita masak lah untuk dia.Menu raya kuah kacang,nasi impit,ketupat palas dan juga rendang ayam.ketupat palas tu pemberian orang.Tapi sedap sungguh la ketupat inti serunding.Tula orang kata pemberian orang ni memang sedap2 sungguh.hihi
Resepi rendang ayam semestinya tercetus daripada chef kegemaranku azie kitchen🤍🤍🤍jom kita start.



Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 kilo santan - sebiji kepala perah sendiri
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam  
Gula merah 
1 keping Asam keping

Bahan kisar:
10- 15tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-cara:
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

Masukkan kerisik garam,gula,asam keping,daun kunyit dan juga daun limau purut.Setengah orang x pakar.terpulang..

Kalau resepi mak saya rendang masak sama naik je.masuk semua bahan dalam kuali baru hidupkan api.rendang orang perak ni warna kunyit jew.kuning xde merah-merah. Dulu masa baru-baru masak pelik juga kenapalah rendang orang boleh merah rupanya tumis.sekarang faham dah.hihi
Sampai sini dulu nati saya post lagi..