Wednesday, April 22, 2020

Chicken chop

Assalamualaikum,
Hey Lusa insyaallah umat islam akan bertemu lagi dengan bulan Ramadan.Hari ni buat chikenchop simpan sini buat rujukan Akan datang.

Ayam dan sos black paper 
Bahan-bahan :

  • 4 ketul Ayam bahagian peha 
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu sos tiram
  • 1cwn tepung jagung
  • 1 cwn breadcrumb 
  • 2 biji telur
  1. Lumur ayam bersama sos tiram biarkan 10min Bagi bahan serap pada ayam.
  2. Kemudian rendam ayam yang diperap tadi kedalam telur yg telah dikacau
  3. Campur tepung jagung bersama breakcrumb 
  4. Akhir Sekali salut ayam dengan tepung dan goreng.
  • 2 sudu butter
  • 1biji bawang Holland 
  • 1 sudu tepung gandum 
  • 1 cwn air
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos tiram
  • 1sudu lada hitam 
  • Sedikit garam
  1. Cairkan butter kemudian masuk bawang yang dipotong dadu biarkn sedikit garing.
  2. Masuk tepung kacau hingga menjadi perang.masuk air.
  3. Apabila air sudah sebati masuk kiub ayam kicap sos tiram lada hitam serta garam
  4. Akhir sekali apabila kuah sudah pekat rasa ikut selera kita kemudian kisar sos kita tdi.klo pekat tambah air.
Kentang Putar 
Bahan-bahan:

  • 3 biji ubi kentang
  • 1/4 cwn susu sugar
  • 1 sudu butter
  • 1/2 sudu black paper
  • Sedikit garam
  1. Rebus ubi sehingga lembut kemudian lenyekkn
  2. Masuk butter  susu sugar black paper dan garam.
  • 1 1/2 butter
  • 1 biji bawang
  • 1 1/2 tepung gandum 
  • 1cwn air
  • 1sudu sos black paper
  • Sedikit garam
  1. Cairkan butter kemudian tumis bawang dah garing masuk tepung
  2. Apabila sudah sedikit perang masukkan air.kemudian kisar
  3. Setelah kisar masuk balik sos tadi kedalam kuali 
  4. Akhir sekali masuk sos black paper dan sedikit garam
Coleslaw ala kfc
Bahan-bahan:

  • 3 biji putih telur
  • 1biji telur kuning 
  • 3 sudu cuka 
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 2 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 1/2 batang lobak merah kalau besar
  • Separuh kubis hijau yg kecil
  1. Kisar telur bersama cuka gula dan garam
  2. Kemudian sambil kisar masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit pekat
  3. Parut carrot dan cincang bentuk kiub kobis
  4. Tuang adunan yg dikisar kedalam carrot dan juga kobis.simpan dalam pegi sejuk Lebih kurang satu jam untuk sebatikan adunan 
Siapppp Selamat menjamu selera dan selamat menjalani ibadah puasa..

Tuesday, April 14, 2020

Ayam masak madu ala mamak

Assalamualaikum,
Hey harini aku nk share resepi ayam madu ala mamak resepi by my maksu fatimah. Jom kita start.. 

Bahan-bahan
  • Setengah ekor ayam (potong ikut suka ak suka kecil x bsr sgt) gaul garam kunyit kemudian gaul dengan tepung x kesah-tepung beras ke bestari ke. Ak guna bestari spicy. 
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia 
  • 1/2 tbs rempah kari ayam 
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 6 sudu besar madu
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu gula
  • Sedikit Garam 
  • 1 potong lemon. Cuka boleh utk rasa msm sikit
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 titik pewarna merah (jgn byk nanti buruk) 
  • Minyak masak untuk tumis dan goreng ayam
Cara-cara
  1. Goremg ayam sehingga betul-betul garing.Jgn separuh nanti kembang dalam kuah. 
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawag putih dan 1 inci halia. 
  3. Hiris baki bawang besar, bwang putih dan juga halia. 
  4. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar dan juga cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
  5. Masukkan hirisan bwang putih, bwang besar dan juga halia
  6. Masukkan sedikit air 2/4 cwn ikut nk kuah byk mana. Diikuti cili sos, madu, gula, garam serta lemon. (rasa ikut selera masing-masing) 
  7. Titikkan sedikit pewarna merah sirap pun boleh. Serta daun kari
  8. Akhir sekali tutup api dan masukkan ayam .Boleh lah dihidang bersama nasi biriani. 
Ayam masak madu ala mamak
Kualiti gamba nampak macam ayam masak merah kalau tengok depan2 warnanya merah sirap.. Selamat mencuba. 

Ayam masak madu ala mamak siapppppp.... 

Sunday, April 12, 2020

Cakoi minum petang

Assalamualaikum,
Harini aku nak post menu minum petang family aku.Resepi cakoi dgn cucuq kembong aku amik kat google jew sebab tak pernah buat pun. Cakoi,cucuq kembong dengan kuah kacang. Jom kita start.. 

Bahan-bahan cakoi :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
  1. Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
  2. Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
  3. Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
  4. Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
  5. Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
  6. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
  7. Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
  8. Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
  9. Nota :
  10. Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
  11. Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
  12. Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
Cakoi minum petang 
  
Kuah kacang
K. Jumpa lagi...



Tuesday, April 7, 2020

Ayam masak bali

Assalamualaikum

Hye semua harini nak save resepi ayam masak bali.Untuk rujukan masa hadapan. Tapi kali makan bersama lemang sebab ayah aku Tiber balik tadi bawang lemang. Tapi xde rendang. Haha jom kita start 

Bahan-bahan A:
  • Setengah ekor ayam
  • Garam 
  • Kunyit
  • Sedikit minyak
Bahan-bahan B:
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
Bahan-bahan C:
  • 3 batang serai
  • 2 pelepah daun kari
  • 3 sudu cili kering blender
  • 1 sudu gula merah
  • 3 sudu kicap manis
  • Sedikit garam
  • Secubit asam jawa 
  • Secubit gula
Cara:
  1. Goreng ayam jangan terlalu garing. Angkat dan asing kan.
  2. Kluarkan lebihan minyak ayam tinggalkan sedikit agak cukup utk menumis. Masuk serai dah naik bau masuk daun kari. Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Masukan cili yang diblender. 
  3. Apabila bahan sudah pecah minyak masukkn sedikit air dlm stgh cwn(kalau aku blender bwg tadi aku msukkn air) apabila pecah minyak masukkan ayam, gula merah apabila sudah cair masuk kicap, sedikit garam, perasa, air asam jawa dan secubit gula. Lapas tu rasa lah ikut cita rasa sndiri. 
Ayam masak bali.

Ayam masak bali bersama lemang jagung siappp...


Saturday, April 4, 2020

Tomyam ayam

Assalamualaikum,
Kali ni nak share resepi tomyam ayam rebus.Semestinya tiada seafood sbb husband allergic.Selalu buat tomyam tumis , ni agak berminyak dan sedikit pedas.Tomyam syok dimakan bersama partner beliau telur dadar dan kailan ikan masin.Jom kita start.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-Bahan A
    • air 
    • Akar ketumbar
    • 2 inci lengkuas dihiris
    • 2 inci halia dihiris
    • 3 ulas bwg putih diketuk
    • 4-5 helai daun limau purut
    • 2 batang serai
    • 8 biji cili padi, diketuk dan dipotong dua menyerong
    • 1 ketul kiub ayam
  • Bahan-Bahan B
    • karot
    • 8 ketul ayam dipotong dua jgn besar sgt
    • bawang holland
    • 3 sudu besar pes tom yam
    • Bunga kubis
    • 2 biji tomato
    • 3 putik jagung buang kulit
    • jus limau nipis 2 biji agak ikut selera
    • hirisan daun ketumbar, untuk tabur

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan pula karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, bunga kubis,putik jagung,tomato, sedikit garam dan gula sesuai selera,kemudian masukkan jus limau nipis.Rasa kuah dah sedap tutup api tabur daun ketumbar.
  3. Kalau nak masuk seafood udang dan sotong boleh masukkan selepas tomato.
Tomyam ayam rebus



Siappppp.....

Friday, April 3, 2020

Kuey teow kungfu

Assalamualaikum,

Kali aku nak share resepi kuey teow kungfu,stay tuned!

Bahan-bahan:

  • Segengam kuey teow(Satu paket kecil bolh mkn 3-4 org)
  • Sebiji telur 
Bahan-bahan kuah

  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi siam  (Kalau tak suka pedas letak 3biji)
  • 3 potong dada ayam(potong kecil)
  • 1/2 batang lobak  merah
  • 3 kuntum kecil bunga kubis 
  • 3 biji putik jagung
  • sedikit sawi
  • 2 biji tomato
  • Fishball
  • Kiub ayam
  • 1biji telur
  • Air 
  • 5 tbsp tepung jagung
  • Cili merah utk hiasan(aku tak letak)
  • 4 ekor sotong dan 5 ekor udang (aku ganti ayam sbb husband x mkn seafood)
Cara-cara:

  1. Goreng ayam dengan sedikit minyak asingkan.
  2. Tumis bawang putih bersama cili padi yang telah ditumbuk.Apabila naik bau masukkan lobak merah,bunga kubis dan putik jagung kemudian masukkan air.
  3. Apabila sudah menggelegak  masuk fishball,kiub ayam dan perasakan ikut selera.
  4. Masuk sawi ,tomato dan juga telur yang sudah dikacau.
  5. Masukkan air tepung jagung apabila Kuah mule pekat masukkan ayam(sotong&udang).tutup api.*kuah agak-agak dpt sepiring sorg.kalau aku letak air dlm satu senduk utk sorg mkn.Resepi aku ni utk 4 org mkn.
  6. Goreng kuey teow yang dikacau bersama telur hingga garing.
  7. Tuang kuah keatas kuey teow yang telah digoreng tadi.



Kuey teow kungfu

Okay kuey teow kungfu siapppppp..

Thursday, April 2, 2020

Ayam goreng kunyit

Assalamualaikum

Harini aku share resepi ayam goreng kunyit cara aku la semestinya,bersama sambal.Hari ni hari kedua fasa 2 Pkp bersamaan hari ke16.Setakat ni dah 45 kematian disebabkan Covid19 ni.Semalam bff aku requests “ketayap” so kalo rajin and Ada bahan aku buatlah. Aku ni tak la rajin sangat so masak pun mana resepi yang senang and tak pakai banyak bahan tu la aku buat .hahaha

Ayam goreng kunyit bersama sambal tomato

Bahan-bahan:
6 ketul ayam ikut suka biasa bahagian dada, aku campur-potong kecik
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit 
1 sudu besar tepung jagung
1 batang karot 
4 urat kacang panjang
1 biji bawang Holland /bawang besar
1 biji cili merah

Cara cara:
  • Lumur ayam dengan garam kunyit dan sedikit sedap rasa. Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul rata. 
  • Goreng ayam biar ayam tenggelam dalam minyak,bila ayam dah half cooked masuk carrot kacang panjang.Balik-balikan ayam dan sayur.
  • Dah masak sayur dah layu,tapi jangan lama sangat lembik tak sedap boleh la masuk bawang dan cili tutup api.Kalau minyak banyak melekat tapis dulu baru masuk dalam mangkuk.Tapi kalau suka biar je.

Sambal tomato

Bahan-bahan:
2 biji cili merah 
5 biji cili padi
1/2 biji tomato
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
2 biji limau kasturi kecil kalau besar 1 biji cukup
Sedikit belacan (optional)
-Blend / tumbuk semua bahan

Ayam goreng kunyit dan sambal
Ayam goreng kunyit dan sambal tomato siap......


Wednesday, April 1, 2020

Paprik ayam thai

Assalamualaikum hai,

Resepi paprik ayam thai simple..,
BAHAN-BAHAN
  • 4 ketul Dada ayam– dipotong kecil
  • 1/2 biji  bawang besar  – dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 batang serai ptong 2/3 – dititik
  • 5biji cili kering dikisar dengan 1/2 biji bawang besar 
  • 1biji Lobak merah yang dipotong mengikut kesukaan anda
  • 4 batang Kacang panjang dipotong dalam 2 inci
  • 1 biji tomato size besar dibelah 4/6
  • Bunga kobis dipotong kecil
  • 2 biji putik jagung buang kulit
  • 6 biji Cili padi diketuk
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 labu bawang besar yang dipotong bulat (optional hiasan)
  • 1 biji cili besar dipotong (optional hiasan)

CARA-CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai.
  2. Biarkan sampai bawang garing Masukkan cili yg dikisar bersama bwg.Kacau sampai cili masak.
  3. Masuk cili padi Dan tambah cukup rasa maggi.
  4. Masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam masak.
  5. Masukkan sos tiram, cili sos, gula dan garam =sesuai rasa korang 
  6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. kemudian dimasukkan kacang panjang.putik jagung
  7. Kacau sampai masak. dimasukkan daun limau purut,tomato ,hirisan bawang besar dan cili besar tadi.


Paprik ayam thai
Menu aku harini.

Paprik ayam thai siappp....

Kepah sos tiram

Assalamualaikum,

Demi cinta yang Suci kurela korbankan kepentingan diri,....halah2 ayat haha betullah sebab husband Ada kene la masak simpan sikit kemalasan aku ni untuk kemudian hari. Hari ni hari ke15 PKP semoga esok lebih baik.Sejak2 PKP ni rasa byk pulak masa terluang padahal memang suri rumah sebabnya husband Ada kt rumah jdi tugas mengasuh aleesa dibahagi sama rata.okaylah byk pulak cakap,hari ni masak kepah sos tiram,kepah masak lemak,paprik ayam thai dengan ikan goreng.Dua menu kepah sebab semalam beli kepah dengan kan sampai dua kilo.

KEPAH MASAK SOS TIRAM

Bahan-bahan
  • 1kg kepah 
  • 3 ulas bawang putih - dihiris  *
  • 1 inci halia - dihiris memanjang *
  • 6 biji cili kering - potong dua  *
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit kicap
  • sedikit gula 
  • minyak untuk menumis
  • Sedikit air “optional “tapi aku bubuh 

Cara
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan bertanda * dan tumis sekejap biar kuning dan naik bau.
2. Masukkan kepah, sos tiram,sos cili ,kicap dan kacau biar kepah bersalut sos, masukkan sedikit air dan tutup kuali sekejap , Terbalikkan kepah sesekali bagi masak rata /terbuka kulit, kale air byk Tunguska sehingga kering sedikit air,padamkan api.
3. Aku tak letak garam sebab kepah fresh tu pun dh cukup masinnya.


Kepah sos tiram siapppp.