Sunday, June 20, 2021

Serawa durian

Assalamualaikum,selamat petang.

Hari ni aku tampal resepi serawa durian atau kuah durian aku panggil.Tadi bawak mak aku pegi klinik pusing- pusing cari makan petang.Lalu depan orang jual buah tengok beratur orang beli durian.Selalunya kalau ramai mesti best kan.

Kami beli sikit untuk lepas teringin orang kata.sebab bukan favourite sangat.Lepas makan ada lebihan tu buat kuah durian.Makan kuah sahaja pun sedap.Ada orang Makan dengan Roti jala ada juga Makan dengan roti.

Bahan-bahan:

15ulas durian

1 cawan santan pekat

1 1/2 cwn air

4 sudu gula

2 sudu gula perang/gula merah

Secubit garam(utk rasa lemak bkn untuk masin)

1 helai daun pandan


Cara-cara:

1.Ramas durian untuk asing kan biji.Kalau tak asing pun boleh

2.masuk santan ,air,gula dan daun pandan 

3.letak atas dapur kacau sehingga masak.Lebih kurang dalam 10min.

4.Sedia untuk dihidang 



Roti putih pun sedap


Selamat mencuba 😄


Friday, May 21, 2021

Rendang ayam kerisik

Assalamualaikum,
Salam syawal ke 8 salam pkp 3.0..Nampaknya 2 tahun dah beraya dalam perintah kawalan pergerakan.Harap tahun depan dah boleh beraya macam dulu-dulu.Bukan apa kesian dekat budak-budak kita yang tua ni tak da apa sangat kan.

Menu raya adik dan nasi goreng untuk suami



Hari isnin haritu masak untuk adik yang bekerja raya .Ni dia dah cuti kita masak lah untuk dia.Menu raya kuah kacang,nasi impit,ketupat palas dan juga rendang ayam.ketupat palas tu pemberian orang.Tapi sedap sungguh la ketupat inti serunding.Tula orang kata pemberian orang ni memang sedap2 sungguh.hihi
Resepi rendang ayam semestinya tercetus daripada chef kegemaranku azie kitchen🤍🤍🤍jom kita start.



Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 kilo santan - sebiji kepala perah sendiri
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam  
Gula merah 
1 keping Asam keping

Bahan kisar:
10- 15tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-cara:
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

Masukkan kerisik garam,gula,asam keping,daun kunyit dan juga daun limau purut.Setengah orang x pakar.terpulang..

Kalau resepi mak saya rendang masak sama naik je.masuk semua bahan dalam kuali baru hidupkan api.rendang orang perak ni warna kunyit jew.kuning xde merah-merah. Dulu masa baru-baru masak pelik juga kenapalah rendang orang boleh merah rupanya tumis.sekarang faham dah.hihi
Sampai sini dulu nati saya post lagi..


Wednesday, February 3, 2021

Bercuti ke Jepun





Assalamualaikum.Salam pkp 2.0

Entry kali ni nak throwback bercuti ke jepun..Rindu plk bila tgk gamba.Best sebenarnya travel nie sbb ya kita tuka angin tgk culture dan tempat orang.Kami pergi secara back packers termasuk aku 6 org.5bujang 1ibu mngndung.haha 


24/6/18 jam11.30pm flight .bermula disini klia 2.




25/6/18 8.30am landing. Agak lama tersangkut sebab paspoort Myra dan Faiqah problem sikit.Kami berempat lepas mgkin tahun buat passport tu lain2.Dah settled part tu.Opss lupa pulak sebelum check passport ada beberapa krew yg korang kne hadap dulu.Then dah settle kami pun berlegar2 dalam airport selfie2 cuci mata.Dari airport Amik train smpai JR tower. Then ambil  subway untuk Smpai ke apartment.Shopping dulu kat 7e dpn apartment lepas tu rehat dan Lepak bilik mkn. Lps subuh baru tdo subuh awal pukul 12mlm waktu Malaysia.Pkul4 pagi jepun mcm pkul 8malysia terang dah.Negara matahari terbitkan







26/6/18.Pagi after breakfast kami jalan kaki dalam 10min ambil subway to jr tower ambil train To otaru. Kat sini boleh jalan2 tepi sungai boleh juga ambil bot tapi kami memilih untuk jalan kaki.Selfie tepi sungai sambal mkn ais krim.haha da tak ingaat harga la..dah puas lepak2 sembang selfie ,selfie dgn org jepun.suka2 jew kan.saja buat kenangan.kami teruskan misi mencari nasi.hihi  Lunch and solat di donburi chaya sakaimachidori.Halal restaurant.Lepas solat kami bergerak ke otaru canal masuk  music box. Tapi tak beli pun.Otaru ni byk kedai2 untuk makan,sewa kimono,and bestnya sure tempat souvenir.”Ala2 Cameron “ tapi lagi best n cantik lah.Dah petang sebelum train hbis kami bertolak balik dan sama juga menggunakan 2 train untuk sampai apartments.sebelum naik shopping  7e beli telur n bhan nk buat nasi goreng.haha











27/6/18 Routine sure jalan kaki untuk ambil 1st train Dari apartment to jr tower.harini kami pusing-pusing dulu dalam supermarket jr tower.Shopping baju sbb time ni summer jadi baju2 validlah untuk kita yg duduk Malaysia ni.Kami makan tempura n nasi.Pusing2 dalam tu cari cheese cake.Then kami ke sapporo tv tower jln kaki je sebab dekat.Masa ni kami ke tourist information counter cari bahan untuk next destination.Backpacker kan jadi lebih santai lah.Tiba2 terserempak dengan org jepun “Rina” dan  bolh speaking sbb dya ni belaja lua dari jepun.Satu lah sedia maklum org jepun sangat bangga dengan bahasa mereka.So korang pandai2 lah nk hidup.haaha jadi rina ada jugak lah suggest sikit2 yang membantu.Petang tu kami balik and Mlm aku  dgn along n kakija pegi cari ramen kt Houryuramen. Tmpt top artis ramai pergi kedai tu. Myra faiqah k.erna x join sbb mak buyung letih.depa masak maggi jew.








28/6/18  ke furano.Furano ni Kami guna khidmat agent sana.sebab dya bawak pelancong yang ni kami menaiki bas.x ingat brapa yen tapi memang mahal.haha.kami makan  mellon 2400yen +aiskrim 350yen =rm100.78 at tomita melon house.giler mahal buah kayangan jepun ni.sebelah je smpai seratus eh.tapi enjoy je la sbb memang bejalan nak habiskan duit.Then kami dibawa ke blue pond,tengok pada gamba memang nice depan2 okay lah tempat viral lah katakan org sekarang.dalam hutan.lepas tu ke  Ningle terrance dan  Hokusei no oka park mkn jgung dgn ubi. Lepas tu kami tak balik terus amik bas ,Mlm pegi mountain  moiwa.Naik Bas lagi sekali untuk ke cable car.Atas bukitkan dah la malam sejuk gila.Hbis gamba2 kami turun dan blik apartment  mkn maggi.Buat cucur yang syoknya cucur tu goreng minyak berbuih.sekali  salah bli tepung bli tpung tmpura.bedal lah jnji boleh makan.hahha tiap kali keluar masuk apartment sure singgah 7E.Kedai fav lah tu.


















29/6/18 amik train dr jr tower to shiroi koibito park pegi chocolate factory. Lps tu singgah takunikoji Sapporo  shopping. Takunikoji Ni Port best sebab kt situ tempat terkumpulnya semua bnda.nak shopping.Makan tukar duit boleh.Sini memang tempat hbis kan duit.Aku hbis 1k utk gshockshj tak campur fridge magnets T-shirt dan bla..bla..takunikoji 2 kali kami datang sebab ada barang yg cicir2 x beli.









30/6/18 kami ke takunikoji shopping lg.Time ni memang berpecah.Ambil ruang masing2 gitu.


1/7/18 sehari sebelum flight balik.kami ke mitsui outletpark hokkaido.Ada juga sempat grab beberapa barang.Barang branded tapi lebih murah dari harga malaysia.Kat sini pun kami berpecah. Sebelah Petang kami makan disebuah restaurant tajmahal di takunikoji. 






2/7/18 flight pagi ngam2 kedai hokkaido cheese tart kt kinotoya tu bkk nasib dalam airport jgk tapi jauh jgklah berlari2 lah kitaorg nk check in lg tmbang beg apa.tapi dapat juga akhirnya...



 Itu lah serba sedikit kenangan aku masa bujang travel gila santai sumpah best gila. Bukan lah kepada tips ke apa.sebab ya byk bnda Dh x brapa ingt.Aku kenal Myra dan kakak dya je.kat airport baru kenal dengan faiqah k.Ija n k.erna.wlaupun x kenal tapi best sekepala.Terima kasih Allah untuk kenangan terindah ni.Tq travel partner yg gila2 ❤️❤️❤️


Thursday, January 21, 2021

Kari kepala ikan simple


Resepi aku memang simple gila sbb aku Malas hihi.. Jon start


Bahan-bahan:

1/2 ulas bawang besar / 2 ulas bawang kecil

2 ulas bawang putih

2 sudu rempah kari

1 mangkuk santan 

1 pelepah daun kari

1 ketul kepala ikan

1 sudu asam jawa 

Bendi Dan Tomato

Gula dan juga garam


Cara-cara:

1.Tumis bawang dan juga bawang putih.masuk daun kari dan juga rempah yg dibancuh dengan air terlebih dahulu.

2.Setelah rempah masak masukkn santan

3.diikuti bendi.kemudian kepala ikan dan juga tomato 

4.biar mendidih tutup api.


Telur goreng krup2 ala ayam goreng


Telur goreng krup2 resepi by “elfiraloy”.simpan sini untuk rujukan Akan datang.hihi hai 2021 I’m back..pkp again..last start 

Bahan-bahan:

2 biji telur

1/2 sudu tepung jagung 

1/2 minyak ikan

Secubit garam 

Cara-cara:

Pukul telur kemudian masuk tepung jagung yg dibancuh dengan air terlebih dahulu 

Masukkn minyak ikan.

Kemudian goreng biarkan sedikit garang 





Sambal tumis ikan bilis petai


Bahan- bahan:

*1ulas bawang besar

*3ulas bawang putih

1 sudu besar cili kisar 

Minyak masak

Gula &garam

Air asam jawa 

Ikan bilis 

Petai


Cara-cara:

1.Blender bahan yg bertanda *.Panaskan minyak,masuk bahan yg telah diblender dan jugak cili kisar.gula dan garam.masak sehingga pecah minyak.

2.setelah pecah minyak masukkn air asam jawa.

3.masuk ikan bilis dan juga petai.

*petai rebus terlebih dahulu supaya x kuat bau.