Sunday, June 20, 2021

Serawa durian

Assalamualaikum,selamat petang.

Hari ni aku tampal resepi serawa durian atau kuah durian aku panggil.Tadi bawak mak aku pegi klinik pusing- pusing cari makan petang.Lalu depan orang jual buah tengok beratur orang beli durian.Selalunya kalau ramai mesti best kan.

Kami beli sikit untuk lepas teringin orang kata.sebab bukan favourite sangat.Lepas makan ada lebihan tu buat kuah durian.Makan kuah sahaja pun sedap.Ada orang Makan dengan Roti jala ada juga Makan dengan roti.

Bahan-bahan:

15ulas durian

1 cawan santan pekat

1 1/2 cwn air

4 sudu gula

2 sudu gula perang/gula merah

Secubit garam(utk rasa lemak bkn untuk masin)

1 helai daun pandan


Cara-cara:

1.Ramas durian untuk asing kan biji.Kalau tak asing pun boleh

2.masuk santan ,air,gula dan daun pandan 

3.letak atas dapur kacau sehingga masak.Lebih kurang dalam 10min.

4.Sedia untuk dihidang 



Roti putih pun sedap


Selamat mencuba 😄


No comments:

Post a Comment