Malam ni terajin pulak nak tulis resepi kek pelangi or kek minyak yang simple dari sis hawa. Dah buat best sangat sebab jadi cantik.jom kita start,
Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred B/A
- 1 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan gula diblender
- 1 cawan minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 pewarna(terpulang)
Cara-cara:
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Sapu majerin pada loyang dan ketepikan.
- Blender gula, telur dan ovalette dalam 10min.
- Masukkan susu pekat, minyak, esen vanila dan blender sekejap lagi.
- Tuang adunan kedalam bekas dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bahagi kan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna.
- Ambil adunan warna pertama 1 senduk letakkan kedalam loyang jangan ratakan, diikuti dengan warna kedua letakkan diatas warna pertama tadi kemudian warna ketiga diatas warna kedua. Ulang sehingga adunan habis.
- Lorikkan bahagian atas menggunakan lidi sate seperti bentuk sarang labah-labah. Panaskan oven 200' dan bakar selama 30minit(mengikut jenis oven). Kalau mahu kukus, kukuskan selama 1 jam.
- Siapppp.
Kita guna warna biru, hijau dan warna asal adunan |
No comments:
Post a Comment