Sunday, October 13, 2013

Kampung Girl

Assalamualaikum w.b.t


 Hai u all.... let's talk about "Kampung Girl" okey mgkin dah terlmbt tp nk share utk last2 time nih kn..hihi jumaat nih last episod.okey la mula2 x minat sgt cite nih sbb mse diadaptasi kepada drama ruby just tgk cm "cakcilot atat" jew.mksudnya kadang tgk kadang x..huhu rupanya best kata kau bile dah bce novel dya.yaallah sumpah sweet jugak... betul la,ada hadis mengatakan.."barangkali sesuatu yang kita suka itu mungkin tidak baik,dan barangkali jugak sesuatu yg kita x suka adalah perkara yang baik untuk kita..:)


sinopsis~



PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
"forget the past..Ashraf let's talk about the present, wht am i to you in your life,who am in this marriage,just your slave? marriage to you is worst thing happen my life  balas ain"..
jangan lupa temujanji kita jumaat nie...:)
ha itu dya....punya ringkasan..tp sume dah tau dah ap yg nak jdikn.:)
Jum kita bersama barisan pelakon utama...,

Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi



Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi

Emma Maembong sebagai annisa

Shah Jazsle sebagai Faisal

Syafiq Kyle sebagai wan




Congratulation to all..:)
Okey, all t kita share lagi untuk next post. luv u all...nite wasalam...