Thursday, June 4, 2020

Aiskrim homemade

Assalamualaikum hai,
Harini sis share resepi ais krim dengan bahan apa yang ada dirumah. 

Bahan -bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 cup susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1sudu besar ovalette 
  • 1/2bungkus keping oreo(dihancurkan)
  • 1 cup serbuk milo
  • 2 sudu besar coco powder 
Cara-cara:
  1. Putar susu cair, susu pekat dan juga ovalette selama 20-30min.
  2. Bahagiakn kepada dua bahagia. Bhg yang pertama masukkn milo dan juga serbuk coco putar sehingga sebati. 
  3. Bahagian kedua masukkan oreo dan gaul rata. 
  4. Jika mahu tambah apa masukan shj cth coklat cip ,coklat rice or badam. Kemudian tuang kedua-dua adunan serentak sebelah-sebelah untuk jadikan sama rata. 
Ni contoh aiskrim yang sudah siap. Sejukkan selama 24jam.

 

Steamboat resepi by pn.fatimah

Assalamualaikum,
Anak dah tido tapi ibu dia x mengantuk lagi. Dah lama buat steamboat ni tapi asyik lupa nak simpan sini. Kalau tak simpan nati nak buat mula lah mengagau resepi. Memory dah x brapa boleh pakai.haha jom kita start 

Bahan sos:
  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sos cili
1.blander kering cili dan juga bawang putih kemudian masukkan sos.

Bahan kuah sup:

  • Air
  • Telur
  • Kiub ayam
1.letak air sampai mendidih pecahkan telur dan masukkan kiub ayam.

Bahan-bahan kuah tomyam:
  • 2 tbs Cili kering*
  • 1 Biji Bawang besar*
  • 3 Ulas Bawang putih* 
  • 1inci Belacan*
  • 2 Batang Serai 
  • Stgh mgkuk Air asam jawa
  • 1 kuntum Bunga kantan
  • Daun kesom
  • 4 tbs Pes tomyam
  • Gula 
  • Garam 
  • Minyak 

Cara-cara:
  1. Blender bahan yang bertanda *.Kemudian tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai, air asam jawa, bunga kantan dan daun kesom. 
  3. Apabila bahan tumis sudah masak elok masukkan pes tomyam gula, garam serta air ikut banyak mana nak. 
  4. Akhir sekali rasa ikut sesuai selera masing-masing. 
  5. Rasanya lebih kepada asam pedas sikit. Klo cili x pedas guna lebih pun xpa supaya kuah cantik merah.Pes guna tin putih gamba nyonya sedap. 
  6. Kalau tiada set steamboat guna periuk nasi pun boleh. 


Setakat itu sahaja. Okay bye2.terima kasih

Kek minyak simple

Assalamualaikum hai,
Malam ni terajin pulak nak tulis resepi kek pelangi or kek minyak yang simple dari sis hawa. Dah buat best sangat sebab jadi cantik.jom kita start, 

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred B/A
  • 1 cawan susu pekat manis 
  • 1/2 cawan gula diblender 
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 pewarna(terpulang)

Cara-cara:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Sapu majerin pada loyang dan ketepikan. 
  2. Blender gula, telur dan ovalette dalam 10min.
  3. Masukkan susu pekat, minyak, esen vanila dan blender sekejap lagi. 
  4. Tuang adunan kedalam bekas dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bahagi kan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna. 
  5. Ambil adunan warna pertama 1 senduk letakkan kedalam loyang jangan ratakan, diikuti dengan warna kedua letakkan diatas warna pertama tadi kemudian warna ketiga diatas warna kedua. Ulang sehingga adunan habis. 
  6. Lorikkan bahagian atas menggunakan lidi sate seperti bentuk sarang labah-labah. Panaskan oven 200' dan bakar selama 30minit(mengikut jenis oven). Kalau mahu kukus, kukuskan selama 1 jam. 
  7. Siapppp.
 
Kita guna warna biru, hijau dan warna asal adunan

Semoga bermamfaat. Terima kasih..