Thursday, June 4, 2020

Steamboat resepi by pn.fatimah

Assalamualaikum,
Anak dah tido tapi ibu dia x mengantuk lagi. Dah lama buat steamboat ni tapi asyik lupa nak simpan sini. Kalau tak simpan nati nak buat mula lah mengagau resepi. Memory dah x brapa boleh pakai.haha jom kita start 

Bahan sos:
  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sos cili
1.blander kering cili dan juga bawang putih kemudian masukkan sos.

Bahan kuah sup:

  • Air
  • Telur
  • Kiub ayam
1.letak air sampai mendidih pecahkan telur dan masukkan kiub ayam.

Bahan-bahan kuah tomyam:
  • 2 tbs Cili kering*
  • 1 Biji Bawang besar*
  • 3 Ulas Bawang putih* 
  • 1inci Belacan*
  • 2 Batang Serai 
  • Stgh mgkuk Air asam jawa
  • 1 kuntum Bunga kantan
  • Daun kesom
  • 4 tbs Pes tomyam
  • Gula 
  • Garam 
  • Minyak 

Cara-cara:
  1. Blender bahan yang bertanda *.Kemudian tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai, air asam jawa, bunga kantan dan daun kesom. 
  3. Apabila bahan tumis sudah masak elok masukkan pes tomyam gula, garam serta air ikut banyak mana nak. 
  4. Akhir sekali rasa ikut sesuai selera masing-masing. 
  5. Rasanya lebih kepada asam pedas sikit. Klo cili x pedas guna lebih pun xpa supaya kuah cantik merah.Pes guna tin putih gamba nyonya sedap. 
  6. Kalau tiada set steamboat guna periuk nasi pun boleh. 


Setakat itu sahaja. Okay bye2.terima kasih

No comments:

Post a Comment