Friday, June 15, 2012

sikap oh sikap..^_-

Assalamualaikum w.b.t...

 Hai semua..malam nie ak ade terbace post drpd salah seorang "ustazah pilihan"
die post tentang sikap nie..mcm mana kite nk elak drpd penyakit sikap nie...
kat mana pown kite x kan boleh lari reality kehidupan
dengan hadirnya benda yg bernama'nafsu'...sikap oh sikap yg membuat diri kita 
xkn tenang..

6 panduan yang telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersikap sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka



1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum melakukan banyak dosa.



2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.



3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan ketahui berbanding dengan kita.



4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.



5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin disuatu hari nanti dia insaf dan bertaubat atas kesalahannya.



6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.


P/s:waallahualam..aku pown x sempurna.tapi bile ak post bnde nie atlease ak bleh igtkn diri org lain dn segaligus bleh ak 
      aku ingatkn diri aku sekali..
     
               Anda Buat Anda Dapat_xde manusia yang sempurna melainkan memcuba utk mmperbaiki diri.. ^_-

No comments:

Post a Comment