Friday, December 26, 2014

EOS 1200D



Assalamualaikum w.b.t

 Alhamdullillah ^_^
jom usha blog nie...idea2 kreatif inovatif ;)

ejadpotopoyo
















Okay x..huhu hargai keindahan yang dimiliki...
TQVM :)








Friday, December 12, 2014

Manisnya Cinta di Cappadocia



Assalamualaikum w.b.t

 Hai uolss...tq yang sangat setia bersama blog ruby ni,comment lg k.;)
MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA,, Lisa Surihani in the house.love she so cute,and for the next novel sure "manisnya Cinta by Anis Ayuni" ^_^

Jom Tonton:
Manisnya Cinta di Cappadocia Movie









Sinopis~

Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun,sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah… sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukannlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang di impikan selama ini.


cintamu ini sudah meracuniku seakan telah mengalirkan dalam dadaku
dan memaksa malamku terus memikirkanmu masuk dalam mimpi-mimpiku
tapi tak sangka telah mengganggu fikiran mengatakan hatimu sudah termiliki
membuat jantungku berdetak perlahan dan seakan waktu ini terhenti
aku kaku aku salah tapi cinta prasangka aku salah padamu  kusalah tentangmu kaulah cinta semua cinta untukku tak ada semanis cintamu setulus hatimu hanya engkau

Okay sampai sini dulu,TQVM ~IN LOVE~








Friday, September 12, 2014

I Love You Stupid ~ My Precious Iris



Assalamualaikum w.b.t

 Hai uoollss...lama sangat dah x update blog ni.tak tau la apa yang sebuk sangat sampai tak sempat...sume benda kalut sejak akhir2 ni.teruk betul lama....kucar kacir sume.heheheh
Last update masa bulan 3 kot.ahahah lamenya..
 
 Rasa free sikit nih,,,masa_masa free nih la nak mula bernovel2 balik.huhuhu
Semalam baru habis novel "RINDU DALAM SEPI" by "Siti Khadijah"



Best jugak sila la baca.... :)

Next novel... I Love You Stupid n sambungannya My Precious Iris...


wow tebalnya..ble bolh habis la huhuhu



Sambungannya ,



By Melur Jelita... ;)

Okey sampai sini dulu....baca.baca dan terus baca....hah lupa pulak "Maaf Jika Aku Tak Sempurna"dah tayang dah.... Act:by Sara Ali n Fahrin Ahmad.... at TV3 jum Layan..;)

wsalam.....









Friday, March 21, 2014

Be Careful With My Heart



Assalamualaikum w.b.t

 
Hai uolls...lagu pown da tw..filipino mari.;)

 Actually cerita nie lama nk hbis dah....skrang pown da episod 90 lbih da..
apa yang bestnya cerita ni tentang satu family yang kehilangan ibu bagi anak2nya dan isteri bagi suaminya..
Watak utama Richard@ sir chief n Maya Delarosa.. luke.Abby.Nikki.Nicolo.Rafi

 Cerita yang sangat santai tanpa unsur dendam pergaduhan yang keterlaluan..hanya ada perasaan kasih sayang antara satu sama lain n ikatan kekeluargaan yang sangat sweet


happy family

Best Friend



Rafi

Richard

Maya delaRosa

Colo cute child

Abby/Baby princess

Be careful with my heart team

Chinito:none of this would have happen without you
Cerita berkesahkan kehidupan kita.
Wonderfull story.full in love...
credit by:Mr.Google







Sunday, February 23, 2014

Perkongsian sedikit ilmu Allah



Assalammualaikum w.b.t

 Salam hujung minggu,hai hari ni ingat nk share sikit tentang Zina.sebab ada tonton satu cerita ni membahaskan tajuk ni n sebab utama ruby suka jugak baca novel sangat bahaya disitu....masyallah kadang2 kita ni hidup selalunya akan lebih fokus pada benda yang besar.. Tajuk pada permualaan tapi isinya kita tak habis tafsirkn.:)

 Ruby ada jumpa satu link nie okey la siapa yang rasa nk tahu tapi malu nak bertanya sila lah kunjungi...
Kemusykilan Agama ilmu kita nie x lah sehebat mana sebab Ilmu Allah tu luas. Iklan cikit..hihi

Sebenarnya pengertian zina itu sangat luas..

Zina itu terbahagi kepada banyak bahagian antaranya:

Ruby lebih tertarik dengan tajuk zina hati ,
sebab semua bermula dengan hati,
Apa itu ZINA HATI?:Tentu sahaja membayangkan wanita /lelaki yang tidak halal baginya.dan berimagenasi perkara yang bukan2..dan ianya adalah dosa kecil tapi tetap berdosa...^_^

“ ZINA MATA “ apabila mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat aurat orang lain . 

“ ZINA TELINGA “ apabila telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan . 

“ ZINA HIDUNG “ apabila hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita . 

“ ZINA MULUT “ apabila mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : “ Menikmati makanan dan minuman yang dilarang “ .

“ ZINA TANGAN “ , apabila tangan digunakan untuk perbuatan maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) .Contohnya : “ Tikam “ nombor ekor ataupun meraba .

“ ZINA KAKI “ , apabila digunakan untuk maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) , contohnya : “ Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat “ . 

Dan tentulah zina – zina di atas TIDAK SAMA dengan ZINA yang disebabkan oleh PERSETUBUHAN HARAM ( wathie’ ) . Sebab :

( 1 ) ~ Zina disebabkan persetubuhan haram telah nyata hukumannya secara pasti ( qat’ie ) di dalam al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih . Walhal zina-zina jenis selainnya pula tidak dinyatakan apakah hukumannya melainkan ianya membawa dosa kepada si pelakunya . 

( 2 ) ~ Zina-zina yang lain itu dinamakan sebagai zina dari sudut IANYA BERBUAT MAKSIAT . Akan tetapi tidak sama daripada sudut berat dan hukumannya . Zina yang dimaksudkan oleh syariat ( hukum Fiqh ) HANYALAH zina disebabkan persetubuhan haram . Sebab kalau tidak begitu , habislah kita semua dianggap penzina dan akan dikenakan hukuman hudud . 
(C&P mr.google)

Wallahualam....perkongsian bersama... kekurangan harap dpt ditegur..:)

k.la sampai sini dulu insyaallah dengan entry lain pula... 
Wasalam...:)





Thursday, February 20, 2014

Engaged~



Assalamualaikum w.b.t ^_^




 Nite all,lama x update blog ruby nie.berhabuk dah.ush!! sian2..
Teringat nk update satu tajuk nie..rasa cam lawak pun ado..confuse sbb ruby ada terbaca satu artikel nie.
bila kita jadi tunang orang tanpa sedar x la artikel sangat kan...

 Biasa lar pengetahuan tak meluas sangat, apa yang penting hari2 kita kena blajar kn.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”
Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya
Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki. 

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. 

Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi. :)

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


semoga perkongsian hari untuk kita bersama... La Tahzan innallaha ma'ana

P/s;sebab tu dalam islam yg selalu mengingatkan kita supaya'jagalah lidah kamu' keep calm
wasalam..... insyaallah dengan entry yg lain pula