Saturday, October 15, 2022

Percutian Sapporo Hokkaido Japan

Assalamualaikum
Ini semestinya post yang paling panjang aku buat. Aku nak share trip bersama geng yang hanya berkenalan di WhatsApp dan bertemu di KLIA arrr gituew..Trip nie kawan kepada kakak bff aku yang plan.Then depa cari lah org then terhasilah kawan kepada kawan camtu.Yang penting best sekepala.bercuti ni jgn ada yg annoying klo rasa Sikap tu Ada buanglh buat sementara waktu.sbbnya buat pngalman kau dan yang lain buruk dan sia2 hbis duit.

Kteorg 6orang masa tu aku,Myra,kaksham,faiqah,kakija and kakerna.kitaorg semua bujang time tu kecuali kakerna,masa tu jugak dye pregnant tapi yaallah stamina punya lah superb dengan bawak perut kat Sana banyak jalan kaki turun naik tangga wey.

Bermula dengan flight,seat aku memang jauh daripada dyaorg berlima sbb aku booking tiket lambat sikit dari dyaorg.Memang tau plan pegi jepun ni tapi ,aku dah janji date tu nk pegi Jogjakarta dengan makcik aku last min cancel plak sbb sorg.Benda dh set dlm kepala nak bercuti skli cancel kelaut dlm lah mood.Sesi Luahan prasaan kt Myra masa tu terus dya ajk join.

Headmaster dya kakija and kakshamlah,sblum tu semua smbg dlm group je,psal flight,penginapan,tmpt mana nk pegi etc.Stay tunes okay gais!

#KUL-Sapporo
24 June 2018- 2 July 2018

  • Flight return by AirAsia-harga tiket kami ad beza sikit lah sbb lain2 masa booking tapi ap yang best kteorg kne penalty rm300 sbb berat hahaha,tp still chill lagi.Kat imigresen kantoi plak “Rojak mak bee kakija dgn bodywash faiqah tapi yang penting gelak dulu,hahaha
  • Apartment booking thru Airbnb (yaallah ni paling buat sesak nafas smpai dekat tarikh nk pegi baru dapat sbb banyak cancel)kat sana ad problem owners kne register with japan Gov rasaya.kalau tak silap ad yang cancel tu kteorg dpt voucher ad jimat sikit kat situ.”seriously panic benda dah excited kau rasa.hihihi



  1. 24 June 2018 - 23:20pm Flight Kul to Sapporo 
  2. 25 June 2018 - 8:30am sampai new chitose airport 
  3. 26 June 2018 -  Trip to Otaru 
  4. 27 June 2018 - JR tower,Sapporo tv tower and Houryuramen
  5. 28 June 2018 - Trip to Furano and Mountain maiwa 
  6. 29 June 2018 - Chocolate factory and Tanukikoji
  7. 30 June 2018 - Tanukikoji
  8.   1 July 2018 - Mitsui Outletpark
  9.   2 July 2018 - 09:35am Flight Sapporo to Kul

Kami berenam-new chitose airport 










Hatyai 3 Hari 2 malam


Assalamualaikum hai, tip untuk 
Aku nak kongsi kan sedikit info dan cara mudah bercuti ke hatyai Thailand.

Jalan-jalan cari makan dihatyai Thailand!! Baru-baru ni hangat isu Malaysian bercuti ke Thailand berbanding dalam negara.Pada aku duit kita pilihan kita.Apa Yang berbaloi itulah pilihan aku.

Dekat sini aku kongsi kan cara dan sedikit info aku dan kawan-kawan melepasi boder untuk makan-makan!!

1.Pengangkutan
•Perjalanan Kami bermula dengan menaiki Train Ets platinum Batu gajah - Padang Besar (RM 136/person)
Masa 1.04am - 4.18am.
•Pada awalnya kami merancang untuk menaiki train special dari padang besar - hatyai (RM 7 sehala ) (50min) (masa 9.00am dan juga 2.00pm klua tak silap)
•Tapi sebab ramai sangat orang yang menunggu di station dan keadaan agak panas masa tu anak pun dah tak selesa .kami tuka plan naik van Thai (seorang rm30 sehala X 7 orang)van ni bagusnya dya bawak kita sampai depan hotel dan urusan cop passport lebih cepat tidak memakan masa yang lama.
Aku serta kan sedikit info waktu dan detail train masuk ke hatyai
•Tutuk kami 1500bth sehari /stgh hari 700bth total 3700bth.agak pricy tp xpa Uncle tuktuk best.
📱Service van padang besar-Hatyai(Abg JJ)
H/P:0125997029(MY)
 06388218822(Thai)
Uncle tuktuk
📱0896566051(Thai)


                                                                                 
2.Penginapan
Kami menginap di hotel B2 boutique and Bajet hotel.
(Queen rm163 3h2m /triple RM 191 3h2m)
Hotel ni aku nk puji selain dia baru dan cantik staf pun bagus pandai speaking ada cafe halal lagi dekat lobi.Highly recomended untuk korang.Pasti tak menyesal.Bilik bawah rm100 luas tv internet,fridge,toilet bersih.hatyai famous dengan hotel takda iron Okay.tp dyaorg tetap sedia iron walaupun hanya 1 dekat lobi.



3.Makanan
Bab makan ni tak tahu nk mula dari mana.Sebab sekali cuba pasti tak kecewa gituueww.Korang kne cuba semua tempat hot ni


Khlong Hae Floating Market kat sini surga makanan boleh beli makanan dari atas sampan semua halal ye,kedai area situ byk je boleh shopping.


Yang ni Dimsum Chabura... selain makan dimsum ada makanan lain juga yang best macam nasi goreng ,gyoza mix gyoza korang kene try titop.


Kai-Tod Decha pula yang famous sini ayam goreng dya.makan dengan tomyam perhhh teringat2 sampai balik Malaysia.


Kim Yong Market (Kaitod Meena) nasi khomok kaitod meena ni memang sedap.jgn beli 1 beli extra pulut ayam dya pun masya-Allah sedap gila walaupun ad ayam dan bawang goreng je.



Hamid Restaurant Hatyai  kedai pertama kami masuk .sebab roti canai dan makan lain dya sedap.


Khlong Hae Barbecue steamboat  yang jgn datang time dh mlm datang awal sebab makanan dya byk sangat .dari nasi berlauk smpai pencuci mulut tak lupa juga somtam yang korang boleh buat sendiri .hihi 

4.Tempat shopping
•Asean night bazar
-kat sini selain pakai beg kasut dan macam2 lah makanan pun ada berada ditingkat atas.”tak hatyai la klo x makan kan
•Greenway night market 
-Sini tempat baru dan lebih luas byk barang bundel pakai ,aksesori dan juga makanan.
Central festival mall
-Dah nama pun mall kan so sama jela macam mall mana2 pun .alang2 dh dtg tak kam x singgah kn.shopping lah apa lagi.hahaha



5.Perbelanjaan 
Aku hanya menggunakan cash sahaja.tukar di Malaysia dan di Thailand sebab tak cukup.haha korang kalau tuka kt Thailand ad untung sikit taw.bukan ak nk jatuh orang meniaga tp bg yang nk untung skit ak bg tip la.pilihan ditangan anda.

Masa untuk gamba😄



Till next entri ..💕🫶🏻 Jangan lupa mengundi .😂


Sunday, July 17, 2022

Chicken popcorn

Bahan bahan
  • 3 ketul isi ayam/dada ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 4 sudu tepung bestari/tapung jagung(klau guna tpung jagung tambah garam sikit)
Cara cara
  • Tumbuk bawang putih gaul pada isi ayam yg sudah dipotong dadu.tabur lada hitam yg sudah hancur.perap sekejap
  • Panaskan minyak.Celup ayam kedalam tepung,kemudian air sejuk dan kedalam tepung semula baru digoreng 
  • Sedia untuk dihidang.boleh dimakan bersama mayonnaise/sos 




Resepi kuah kacang by my mom

  • Bahan bahan :
  • 500g kacang tanah
  • 1biji bawang sderhana besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 15-20biji cili kering/2sudu cili kisar*
  • 3batang serai*
  • 1 inci lengkuas*
  • Sedikit air asam jawa
  • Belacan*
  • Gula melaka 
  • Gula putih 
  • Sedikit garam
Cara cara :
  • Panaskan minyak tumis bahan kisar Yang bertanda * sehingga pecah minyak
  • Kacang tanah yg telah di goreng dengan minyak dan dikisar kering
  • Masukkn air sehingga jd kuah sebab kacang serap air.kemudian masuk gula melaka gula garam dan air asam jawa sesuai rasa
Note * jika suka boleh tambah buah keras saya tak letak sebab perut x tahan.






Tuesday, April 19, 2022

Masak lemak nenas ikan masin

Assalamualaikum simpan sini resepi simple dari mak 

Bahan-bahan:
-4biji cili padi
- 2biji bawang kecil
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1 senduk santan
- 3 potong nenas
- ikan masin “talang”
-1 batang serai (diketuk)

Cara-cara:
1. Kisar cili,bawang,kunyit hidup 
2. Didihkan bahan kisar dan juga serai sehinga cili masak.
3.masuk kn ikan masin santan dan juga nenas
4. Tidak menggunakan garam kerana ikan masin sudah cukup




Sedia untuk dihidang.Selamat berpuasa..