Tuesday, March 31, 2020

Bihun sup ayam

Assalamualaikum

Harini kita buat bihun sup utara ‘derhaka’ sbb smbal merah takda  tapi bihun still kuning.Boleh la nak makan sendiri nak cakap sedap tahap master tu tak la sebab aku dah kawen Baru masak sebelum tu tak.just try resepi viral2 jew.


Bahan-bahan
  • Bahan-bahan untuk bihun:
    • 1 pek bihun kering
    • 1-2 sudu kecil serbuk kunyit
    • air, untuk rendam bihun

  • Bahan-bahan sambal kicap blender
  • Cili hijau 
  • kicap manis
  • gula dan garam
  • bawang goreng

  • Bahan-bahan untuk tumbuk:
    • 1 biji bawang besar ,Kisar
    • 3 ulas bawang putih ,kisar
    • 2 inci halia ,ketuk
  • Bahan-bahan untuk sup ayam (lain-lain):
    • 1/2 ekor ayam, x perlu potong
    • sedikit minyak
    • 1 sudu rempah sup dibancuh dgn air
    • Kulit kayu manis
    • Bunga lawang 
    • air secukupnya, anggaran 2 liter lebih
    • 2 pokok daun sup,
    • 1 ketul kiub ayam know,jika suka
    • garam secukup rasa
  • Cara-cara untuk sup ayam:
    1. Panaskan sedikit minyak.
    2. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang,bahan kisar halus, rempah sup. Kacau sehingga kekuningan pecah minyak dan naik bau.
    3. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan kacau sebentar. Masukkan air, batang daun sup, dan kiub ayam. Reneh sup ayam sehingga mendidih dan ayam masak.
    4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
    5. Apabila ayam empuk keluarkn Utk dicarik isi ayam mcm buat Soto.tulang ayam masukkn semula kedalam periuk 
    6. Bolehlah hidang bihun yang dicelur, bersama sup ayam dan bahan-bahan hiasan, termasuklah sambal. 

Bihun sup siapppp....



No comments:

Post a Comment