Demi cinta yang Suci kurela korbankan kepentingan diri,....halah2 ayat haha betullah sebab husband Ada kene la masak simpan sikit kemalasan aku ni untuk kemudian hari. Hari ni hari ke15 PKP semoga esok lebih baik.Sejak2 PKP ni rasa byk pulak masa terluang padahal memang suri rumah sebabnya husband Ada kt rumah jdi tugas mengasuh aleesa dibahagi sama rata.okaylah byk pulak cakap,hari ni masak kepah sos tiram,kepah masak lemak,paprik ayam thai dengan ikan goreng.Dua menu kepah sebab semalam beli kepah dengan kan sampai dua kilo.
KEPAH MASAK SOS TIRAM
Bahan-bahan
Cara
- 1kg kepah
- 3 ulas bawang putih - dihiris *
- 1 inci halia - dihiris memanjang *
- 6 biji cili kering - potong dua *
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- sedikit kicap
- sedikit gula
- minyak untuk menumis
- Sedikit air “optional “tapi aku bubuh
Cara
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan bertanda * dan tumis sekejap biar kuning dan naik bau.
2. Masukkan kepah, sos tiram,sos cili ,kicap dan kacau biar kepah bersalut sos, masukkan sedikit air dan tutup kuali sekejap , Terbalikkan kepah sesekali bagi masak rata /terbuka kulit, kale air byk Tunguska sehingga kering sedikit air,padamkan api.
3. Aku tak letak garam sebab kepah fresh tu pun dh cukup masinnya.
Kepah sos tiram siapppp.
No comments:
Post a Comment