Tuesday, March 31, 2020

Resepi kuih keria dan roti puri

Assalamualaikum,hey...

Blog ni bukan takat dah bersawang je,anai2 dah buat kondo siap,hahahaha.
Hari ni dah hari ke 14 perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan sebab virus corona or covid19yang melibatkan seantero dunia..PKP ni masih dilanjutkan lagi sehingga 14/4/2020.lepas tu aku pun tak tahu apa jadi..

Sepatutnya entry ni aku tulis,trip to Japan tapi busy sangat,opsss lepas beberapa bulan blik dr Japan ak bertunang 6 bulan lepas tu aku kawen then 9bulan lepas tu ak diberi rezeki yang tak ternilai harganya,seorang puteri yang diberi nama “Nur Syafia Aleesa Binti Mohd Hizrin,lahir pada petang isnin jam 7.26pm 23dec2019.

Okay berbalik niat yang asal aku nak tulis resepi sebenarnya,haha untuk rujukan aku masa hadapan,Kuih keria Dan roti puri

Kuih keria

Bahan-bahan 
-keledek klo besar 1biji
-Tepung gandum 1cwn
-Tepung ubi 1sudu kecil
-Garam 
-Air 4tbs
-Gul 5tbs

Cara-cara
1.Rebus keledek sehingga lembut ,angkat dan lenyek.Masukkan tepung sedikit demi sedikit beserta garam.
2.Uli sehingga tidak melekit ditangan,bentukkan kemudian goreng.
3.Panaskan air masukkan gula,apabila gula hancur tutup api,gaul keria yang Telah digoreng tadi bersama air gula sehingga gula kering dan bersalut.
Siappppp...


Ehsan google.Gamba keria aku Ada dlm phone.tapi sama mcm nie.

Roti Puri

Bahan-Bahan 
-2cwn Tepung gandum
-1sudu kecil minyak masak 
-1/2 sudu kecil garam
-1/4 air.

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan kedalam bekas,kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.kalau melekit tambahbsedikit minyak.
2.Apabila doh sudah tidak melekit rehat kan selama 10min.
3.Bentukan bulat sebesar penutup botol kemudian leperkan.
4.Apabila hendak goreng,didalam minyak panas tekan doh tadi kedalam minyak supaya menjadi kembung.Siapppppp.

Roti puri tanpa yis boleh makan bersama sadin,sambal,kuah kari or terpulanglah.



Siap sudah dua resepi saya kuih keria dan roti puri tanpa menggunakan yis.Semoga bermamafaat..
Doaku semoga virus corona ini cepat berlalu,semoga allah menghilangkannya sebelum ramadhan yang tak sampai sebulan lagi..Yaallah ampunilah kami,berikan kebaikan yang berganda kepada frontliner yang bersusah payah mengharungi saat getir ini...amin.











No comments:

Post a Comment