Kali ni nak share resepi tomyam ayam rebus.Semestinya tiada seafood sbb husband allergic.Selalu buat tomyam tumis , ni agak berminyak dan sedikit pedas.Tomyam syok dimakan bersama partner beliau telur dadar dan kailan ikan masin.Jom kita start.
Bahan-Bahan:
- Bahan-Bahan A
- air
- Akar ketumbar
- 2 inci lengkuas dihiris
- 2 inci halia dihiris
- 3 ulas bwg putih diketuk
- 4-5 helai daun limau purut
- 2 batang serai
- 8 biji cili padi, diketuk dan dipotong dua menyerong
- 1 ketul kiub ayam
- Bahan-Bahan B
- karot
- 8 ketul ayam dipotong dua jgn besar sgt
- bawang holland
- 3 sudu besar pes tom yam
- Bunga kubis
- 2 biji tomato
- 3 putik jagung buang kulit
- jus limau nipis 2 biji agak ikut selera
- hirisan daun ketumbar, untuk tabur
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan pula karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, bunga kubis,putik jagung,tomato, sedikit garam dan gula sesuai selera,kemudian masukkan jus limau nipis.Rasa kuah dah sedap tutup api tabur daun ketumbar.
- Kalau nak masuk seafood udang dan sotong boleh masukkan selepas tomato.
Tomyam ayam rebus |
Siappppp.....
ReplyDeleteارقام شركات نقل عفش
شركات نقل عفش بتبوك
شركة نقل اثاث بتبوك
شركة نقل الاثاث بتبوك
شركة نظافة ونقل عفش بتبوك
شركة نقل وتخزين الاثاث بتبوك