Thursday, April 2, 2020

Ayam goreng kunyit

Assalamualaikum

Harini aku share resepi ayam goreng kunyit cara aku la semestinya,bersama sambal.Hari ni hari kedua fasa 2 Pkp bersamaan hari ke16.Setakat ni dah 45 kematian disebabkan Covid19 ni.Semalam bff aku requests “ketayap” so kalo rajin and Ada bahan aku buatlah. Aku ni tak la rajin sangat so masak pun mana resepi yang senang and tak pakai banyak bahan tu la aku buat .hahaha

Ayam goreng kunyit bersama sambal tomato

Bahan-bahan:
6 ketul ayam ikut suka biasa bahagian dada, aku campur-potong kecik
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit 
1 sudu besar tepung jagung
1 batang karot 
4 urat kacang panjang
1 biji bawang Holland /bawang besar
1 biji cili merah

Cara cara:
  • Lumur ayam dengan garam kunyit dan sedikit sedap rasa. Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul rata. 
  • Goreng ayam biar ayam tenggelam dalam minyak,bila ayam dah half cooked masuk carrot kacang panjang.Balik-balikan ayam dan sayur.
  • Dah masak sayur dah layu,tapi jangan lama sangat lembik tak sedap boleh la masuk bawang dan cili tutup api.Kalau minyak banyak melekat tapis dulu baru masuk dalam mangkuk.Tapi kalau suka biar je.

Sambal tomato

Bahan-bahan:
2 biji cili merah 
5 biji cili padi
1/2 biji tomato
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
2 biji limau kasturi kecil kalau besar 1 biji cukup
Sedikit belacan (optional)
-Blend / tumbuk semua bahan

Ayam goreng kunyit dan sambal
Ayam goreng kunyit dan sambal tomato siap......


No comments:

Post a Comment