Tuesday, April 14, 2020

Ayam masak madu ala mamak

Assalamualaikum,
Hey harini aku nk share resepi ayam madu ala mamak resepi by my maksu fatimah. Jom kita start.. 

Bahan-bahan
  • Setengah ekor ayam (potong ikut suka ak suka kecil x bsr sgt) gaul garam kunyit kemudian gaul dengan tepung x kesah-tepung beras ke bestari ke. Ak guna bestari spicy. 
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia 
  • 1/2 tbs rempah kari ayam 
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 6 sudu besar madu
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu gula
  • Sedikit Garam 
  • 1 potong lemon. Cuka boleh utk rasa msm sikit
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 titik pewarna merah (jgn byk nanti buruk) 
  • Minyak masak untuk tumis dan goreng ayam
Cara-cara
  1. Goremg ayam sehingga betul-betul garing.Jgn separuh nanti kembang dalam kuah. 
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawag putih dan 1 inci halia. 
  3. Hiris baki bawang besar, bwang putih dan juga halia. 
  4. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar dan juga cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
  5. Masukkan hirisan bwang putih, bwang besar dan juga halia
  6. Masukkan sedikit air 2/4 cwn ikut nk kuah byk mana. Diikuti cili sos, madu, gula, garam serta lemon. (rasa ikut selera masing-masing) 
  7. Titikkan sedikit pewarna merah sirap pun boleh. Serta daun kari
  8. Akhir sekali tutup api dan masukkan ayam .Boleh lah dihidang bersama nasi biriani. 
Ayam masak madu ala mamak
Kualiti gamba nampak macam ayam masak merah kalau tengok depan2 warnanya merah sirap.. Selamat mencuba. 

Ayam masak madu ala mamak siapppppp.... 

No comments:

Post a Comment