Wednesday, June 10, 2020
Thursday, June 4, 2020
Aiskrim homemade
Assalamualaikum hai,
Harini sis share resepi ais krim dengan bahan apa yang ada dirumah.
Bahan -bahan:
- 1 tin susu cair
- 1/4 cup susu pekat
- 1 sudu teh esen vanila
- 1sudu besar ovalette
- 1/2bungkus keping oreo(dihancurkan)
- 1 cup serbuk milo
- 2 sudu besar coco powder
- Putar susu cair, susu pekat dan juga ovalette selama 20-30min.
- Bahagiakn kepada dua bahagia. Bhg yang pertama masukkn milo dan juga serbuk coco putar sehingga sebati.
- Bahagian kedua masukkan oreo dan gaul rata.
- Jika mahu tambah apa masukan shj cth coklat cip ,coklat rice or badam. Kemudian tuang kedua-dua adunan serentak sebelah-sebelah untuk jadikan sama rata.
Steamboat resepi by pn.fatimah
Assalamualaikum,
Anak dah tido tapi ibu dia x mengantuk lagi. Dah lama buat steamboat ni tapi asyik lupa nak simpan sini. Kalau tak simpan nati nak buat mula lah mengagau resepi. Memory dah x brapa boleh pakai.haha jom kita start
Bahan sos:
- 10 biji cili merah
- 5 ulas bawang putih
- Sos cili
1.blander kering cili dan juga bawang putih kemudian masukkan sos.
Bahan kuah sup:
Bahan kuah sup:
- Air
- Telur
- Kiub ayam
Bahan-bahan kuah tomyam:
- 2 tbs Cili kering*
- 1 Biji Bawang besar*
- 3 Ulas Bawang putih*
- 1inci Belacan*
- 2 Batang Serai
- Stgh mgkuk Air asam jawa
- 1 kuntum Bunga kantan
- Daun kesom
- 4 tbs Pes tomyam
- Gula
- Garam
- Minyak
Cara-cara:
- Blender bahan yang bertanda *.Kemudian tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan serai, air asam jawa, bunga kantan dan daun kesom.
- Apabila bahan tumis sudah masak elok masukkan pes tomyam gula, garam serta air ikut banyak mana nak.
- Akhir sekali rasa ikut sesuai selera masing-masing.
- Rasanya lebih kepada asam pedas sikit. Klo cili x pedas guna lebih pun xpa supaya kuah cantik merah.Pes guna tin putih gamba nyonya sedap.
- Kalau tiada set steamboat guna periuk nasi pun boleh.
Kek minyak simple
Assalamualaikum hai,
Semoga bermamfaat. Terima kasih..
Malam ni terajin pulak nak tulis resepi kek pelangi or kek minyak yang simple dari sis hawa. Dah buat best sangat sebab jadi cantik.jom kita start,
Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred B/A
- 1 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan gula diblender
- 1 cawan minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 pewarna(terpulang)
Cara-cara:
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Sapu majerin pada loyang dan ketepikan.
- Blender gula, telur dan ovalette dalam 10min.
- Masukkan susu pekat, minyak, esen vanila dan blender sekejap lagi.
- Tuang adunan kedalam bekas dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bahagi kan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna.
- Ambil adunan warna pertama 1 senduk letakkan kedalam loyang jangan ratakan, diikuti dengan warna kedua letakkan diatas warna pertama tadi kemudian warna ketiga diatas warna kedua. Ulang sehingga adunan habis.
- Lorikkan bahagian atas menggunakan lidi sate seperti bentuk sarang labah-labah. Panaskan oven 200' dan bakar selama 30minit(mengikut jenis oven). Kalau mahu kukus, kukuskan selama 1 jam.
- Siapppp.
Kita guna warna biru, hijau dan warna asal adunan |
Thursday, May 7, 2020
Yong taufu
Assalamualaikum hai, harini aku nak share resepi yong taufu. Husband teringin pulak selalu puasa puasa ni makan kat bazar raya situ port best.. Jom kita start
Bye.....
Bahan-bahan:
- 2 ulas bwg putih(ketuk)
- 2sudu cili blnder
- 1/2 jug blander Air
- 1/2 gula melaka (seketul bhagi 2)
- 3 sudu petis udang
- 2 sudu taucu(kalau kasar blnder bg hncur)
- 1 sudu kicap pekat
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- Bijan
- 1 stgh sudu tpung jgung bncuh dgn air(tuang sikit2 ikut pekat ko nk)
- *garam x buh sbb taucu dgn petis tu dh masin. Tp depends klo x cukup msin bolh tmbh sikit garam.
Cara-cara:
- sikit minyak dlm stu sudu jgn byk nk garingkn bwg putih jew. Masuk cili balnder sedikit air nk masakkan cili.
- masuk gula melaka.sparuh gula dh cair.masuk petis udang, taucu, kicap pekat,sos tiram, gula.
- Dah mendidih masuk tepung jgung
- dah dpt kepektan yg kita nk tabur bijan.
- *sup dya rebus kiub ikan bilis jew
Yong taufu in the house |
Sunday, May 3, 2020
Ayam blackpaper ala-ala Kenny Rogers roasters
Assalamualaikum hai,
Harini hari ke 10 umat islam menunaikan ibadah puasa dalam pkp fasa 4.Harini adik sis nak makan ayam ala-ala kenny rogers roasters dengan samosa so dua-dua menu sis proceed.
Resepi ni sis ikut cara azie kitchen.Dyaorg cakap sedap so kita simpan resepi kat sini untuk rujukan akan datang. Jom kita start.
Gamba ni hasil daripada azie kitchen :
Gamba ni hasil daripada azie kitchen :
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong suka hati
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Maggie cukup rasa
Maggie cukup rasa
Coarse black pepper secukupnya(lada hitam tumbuk kasar
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis
2biji ubi kentang
1 batang lobak merah
1 batang lobak merah
Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus Taburkan sedikit sedap rasa kemudian lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.sebelum tu gaul sedikit garam pada ayam sblum digaul bahan tumbuk. Masak kan sekali lobak merah dan juga ubi kentang.
Perap selama 30minit kemudian masuk ke dalam ketuhar selama 45minit pada suhu 180© .bila nmpk sudah berubah garing terbalik kan aym renjis sedikit minyak zaitun. Sis hidang ayam ni bersama sos black paper.
Perap selama 30minit kemudian masuk ke dalam ketuhar selama 45minit pada suhu 180© .bila nmpk sudah berubah garing terbalik kan aym renjis sedikit minyak zaitun. Sis hidang ayam ni bersama sos black paper.
Ni je gmba yang ada |
Nie je gamba yang ada sebab kelam kabut nka berbuka.Ayam blackpapers in the house.. Bye
Wednesday, April 22, 2020
Chicken chop
Assalamualaikum,
Hey Lusa insyaallah umat islam akan bertemu lagi dengan bulan Ramadan.Hari ni buat chikenchop simpan sini buat rujukan Akan datang.
Ayam dan sos black paper
Bahan-bahan :
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
Hey Lusa insyaallah umat islam akan bertemu lagi dengan bulan Ramadan.Hari ni buat chikenchop simpan sini buat rujukan Akan datang.
Ayam dan sos black paper
Bahan-bahan :
- 4 ketul Ayam bahagian peha
- 5 ulas bawang putih
- 4 sudu sos tiram
- 1cwn tepung jagung
- 1 cwn breadcrumb
- 2 biji telur
- Lumur ayam bersama sos tiram biarkan 10min Bagi bahan serap pada ayam.
- Kemudian rendam ayam yang diperap tadi kedalam telur yg telah dikacau
- Campur tepung jagung bersama breakcrumb
- Akhir Sekali salut ayam dengan tepung dan goreng.
- 2 sudu butter
- 1biji bawang Holland
- 1 sudu tepung gandum
- 1 cwn air
- 1/2 kiub ayam
- 1 sudu kicap
- 1 sudu sos tiram
- 1sudu lada hitam
- Sedikit garam
- Cairkan butter kemudian masuk bawang yang dipotong dadu biarkn sedikit garing.
- Masuk tepung kacau hingga menjadi perang.masuk air.
- Apabila air sudah sebati masuk kiub ayam kicap sos tiram lada hitam serta garam
- Akhir sekali apabila kuah sudah pekat rasa ikut selera kita kemudian kisar sos kita tdi.klo pekat tambah air.
Bahan-bahan:
- 3 biji ubi kentang
- 1/4 cwn susu sugar
- 1 sudu butter
- 1/2 sudu black paper
- Sedikit garam
- Rebus ubi sehingga lembut kemudian lenyekkn
- Masuk butter susu sugar black paper dan garam.
- 1 1/2 butter
- 1 biji bawang
- 1 1/2 tepung gandum
- 1cwn air
- 1sudu sos black paper
- Sedikit garam
- Cairkan butter kemudian tumis bawang dah garing masuk tepung
- Apabila sudah sedikit perang masukkan air.kemudian kisar
- Setelah kisar masuk balik sos tadi kedalam kuali
- Akhir sekali masuk sos black paper dan sedikit garam
Bahan-bahan:
- 3 biji putih telur
- 1biji telur kuning
- 3 sudu cuka
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 2 sudu gula
- Sedikit garam
- 1/2 batang lobak merah kalau besar
- Separuh kubis hijau yg kecil
- Kisar telur bersama cuka gula dan garam
- Kemudian sambil kisar masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit pekat
- Parut carrot dan cincang bentuk kiub kobis
- Tuang adunan yg dikisar kedalam carrot dan juga kobis.simpan dalam pegi sejuk Lebih kurang satu jam untuk sebatikan adunan
Tuesday, April 14, 2020
Ayam masak madu ala mamak
Assalamualaikum,
Kualiti gamba nampak macam ayam masak merah kalau tengok depan2 warnanya merah sirap.. Selamat mencuba.
Hey harini aku nk share resepi ayam madu ala mamak resepi by my maksu fatimah. Jom kita start..
Bahan-bahan
- Setengah ekor ayam (potong ikut suka ak suka kecil x bsr sgt) gaul garam kunyit kemudian gaul dengan tepung x kesah-tepung beras ke bestari ke. Ak guna bestari spicy.
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 1/2 tbs rempah kari ayam
- 1 btg kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 6 sudu besar madu
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu gula
- Sedikit Garam
- 1 potong lemon. Cuka boleh utk rasa msm sikit
- 1 pelepah daun kari
- 1 titik pewarna merah (jgn byk nanti buruk)
- Minyak masak untuk tumis dan goreng ayam
Cara-cara
- Goremg ayam sehingga betul-betul garing.Jgn separuh nanti kembang dalam kuah.
- Kisar 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawag putih dan 1 inci halia.
- Hiris baki bawang besar, bwang putih dan juga halia.
- Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar dan juga cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
- Masukkan hirisan bwang putih, bwang besar dan juga halia
- Masukkan sedikit air 2/4 cwn ikut nk kuah byk mana. Diikuti cili sos, madu, gula, garam serta lemon. (rasa ikut selera masing-masing)
- Titikkan sedikit pewarna merah sirap pun boleh. Serta daun kari
- Akhir sekali tutup api dan masukkan ayam .Boleh lah dihidang bersama nasi biriani.
Ayam masak madu ala mamak |
Ayam masak madu ala mamak siapppppp....
Sunday, April 12, 2020
Cakoi minum petang
Harini aku nak post menu minum petang family aku.Resepi cakoi dgn cucuq kembong aku amik kat google jew sebab tak pernah buat pun. Cakoi,cucuq kembong dengan kuah kacang. Jom kita start..
Bahan-bahan cakoi :
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air suam
- 1/2 sudu kecil yis
- 2 sudu besar gula
- 1 1/2 sudu besar minyak jagung
- 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
- Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
- Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
- Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
- Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
- Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
- Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
- Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
- Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
- Nota :
- Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
- Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
- Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
Cakoi minum petang |
Kuah kacang |
Tuesday, April 7, 2020
Ayam masak bali
Assalamualaikum
Ayam masak bali bersama lemang jagung siappp...
Hye semua harini nak save resepi ayam masak bali.Untuk rujukan masa hadapan. Tapi kali makan bersama lemang sebab ayah aku Tiber balik tadi bawang lemang. Tapi xde rendang. Haha jom kita start
Bahan-bahan A:
- Setengah ekor ayam
- Garam
- Kunyit
- Sedikit minyak
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci belacan
- 3 batang serai
- 2 pelepah daun kari
- 3 sudu cili kering blender
- 1 sudu gula merah
- 3 sudu kicap manis
- Sedikit garam
- Secubit asam jawa
- Secubit gula
- Goreng ayam jangan terlalu garing. Angkat dan asing kan.
- Kluarkan lebihan minyak ayam tinggalkan sedikit agak cukup utk menumis. Masuk serai dah naik bau masuk daun kari. Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Masukan cili yang diblender.
- Apabila bahan sudah pecah minyak masukkn sedikit air dlm stgh cwn(kalau aku blender bwg tadi aku msukkn air) apabila pecah minyak masukkan ayam, gula merah apabila sudah cair masuk kicap, sedikit garam, perasa, air asam jawa dan secubit gula. Lapas tu rasa lah ikut cita rasa sndiri.
Ayam masak bali. |
Saturday, April 4, 2020
Tomyam ayam
Assalamualaikum,
Siappppp.....
Kali ni nak share resepi tomyam ayam rebus.Semestinya tiada seafood sbb husband allergic.Selalu buat tomyam tumis , ni agak berminyak dan sedikit pedas.Tomyam syok dimakan bersama partner beliau telur dadar dan kailan ikan masin.Jom kita start.
Bahan-Bahan:
- Bahan-Bahan A
- air
- Akar ketumbar
- 2 inci lengkuas dihiris
- 2 inci halia dihiris
- 3 ulas bwg putih diketuk
- 4-5 helai daun limau purut
- 2 batang serai
- 8 biji cili padi, diketuk dan dipotong dua menyerong
- 1 ketul kiub ayam
- Bahan-Bahan B
- karot
- 8 ketul ayam dipotong dua jgn besar sgt
- bawang holland
- 3 sudu besar pes tom yam
- Bunga kubis
- 2 biji tomato
- 3 putik jagung buang kulit
- jus limau nipis 2 biji agak ikut selera
- hirisan daun ketumbar, untuk tabur
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan pula karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, bunga kubis,putik jagung,tomato, sedikit garam dan gula sesuai selera,kemudian masukkan jus limau nipis.Rasa kuah dah sedap tutup api tabur daun ketumbar.
- Kalau nak masuk seafood udang dan sotong boleh masukkan selepas tomato.
Tomyam ayam rebus |
Siappppp.....
Friday, April 3, 2020
Kuey teow kungfu
Assalamualaikum,
Kali aku nak share resepi kuey teow kungfu,stay tuned!
Bahan-bahan:
Okay kuey teow kungfu siapppppp..
Kali aku nak share resepi kuey teow kungfu,stay tuned!
Bahan-bahan:
- Segengam kuey teow(Satu paket kecil bolh mkn 3-4 org)
- Sebiji telur
- 5 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi siam (Kalau tak suka pedas letak 3biji)
- 3 potong dada ayam(potong kecil)
- 1/2 batang lobak merah
- 3 kuntum kecil bunga kubis
- 3 biji putik jagung
- sedikit sawi
- 2 biji tomato
- Fishball
- Kiub ayam
- 1biji telur
- Air
- 5 tbsp tepung jagung
- Cili merah utk hiasan(aku tak letak)
- 4 ekor sotong dan 5 ekor udang (aku ganti ayam sbb husband x mkn seafood)
- Goreng ayam dengan sedikit minyak asingkan.
- Tumis bawang putih bersama cili padi yang telah ditumbuk.Apabila naik bau masukkan lobak merah,bunga kubis dan putik jagung kemudian masukkan air.
- Apabila sudah menggelegak masuk fishball,kiub ayam dan perasakan ikut selera.
- Masuk sawi ,tomato dan juga telur yang sudah dikacau.
- Masukkan air tepung jagung apabila Kuah mule pekat masukkan ayam(sotong&udang).tutup api.*kuah agak-agak dpt sepiring sorg.kalau aku letak air dlm satu senduk utk sorg mkn.Resepi aku ni utk 4 org mkn.
- Goreng kuey teow yang dikacau bersama telur hingga garing.
- Tuang kuah keatas kuey teow yang telah digoreng tadi.
Kuey teow kungfu |
Okay kuey teow kungfu siapppppp..
Thursday, April 2, 2020
Ayam goreng kunyit
Assalamualaikum
Harini aku share resepi ayam goreng kunyit cara aku la semestinya,bersama sambal.Hari ni hari kedua fasa 2 Pkp bersamaan hari ke16.Setakat ni dah 45 kematian disebabkan Covid19 ni.Semalam bff aku requests “ketayap” so kalo rajin and Ada bahan aku buatlah. Aku ni tak la rajin sangat so masak pun mana resepi yang senang and tak pakai banyak bahan tu la aku buat .hahaha
Ayam goreng kunyit bersama sambal tomato
Bahan-bahan:
Harini aku share resepi ayam goreng kunyit cara aku la semestinya,bersama sambal.Hari ni hari kedua fasa 2 Pkp bersamaan hari ke16.Setakat ni dah 45 kematian disebabkan Covid19 ni.Semalam bff aku requests “ketayap” so kalo rajin and Ada bahan aku buatlah. Aku ni tak la rajin sangat so masak pun mana resepi yang senang and tak pakai banyak bahan tu la aku buat .hahaha
Ayam goreng kunyit bersama sambal tomato
Bahan-bahan:
6 ketul ayam ikut suka biasa bahagian dada, aku campur-potong kecik
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
1 batang karot
4 urat kacang panjang
1 biji bawang Holland /bawang besar
1 biji cili merah
Cara cara:
- Lumur ayam dengan garam kunyit dan sedikit sedap rasa. Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul rata.
- Goreng ayam biar ayam tenggelam dalam minyak,bila ayam dah half cooked masuk carrot kacang panjang.Balik-balikan ayam dan sayur.
- Dah masak sayur dah layu,tapi jangan lama sangat lembik tak sedap boleh la masuk bawang dan cili tutup api.Kalau minyak banyak melekat tapis dulu baru masuk dalam mangkuk.Tapi kalau suka biar je.
Sambal tomato
Bahan-bahan:
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1/2 biji tomato
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
2 biji limau kasturi kecil kalau besar 1 biji cukup
Sedikit belacan (optional)
-Blend / tumbuk semua bahan
Ayam goreng kunyit dan sambal |
Ayam goreng kunyit dan sambal tomato siap......
Wednesday, April 1, 2020
Paprik ayam thai
Assalamualaikum hai,
Resepi paprik ayam thai simple..,
Resepi paprik ayam thai simple..,
BAHAN-BAHAN
- 4 ketul Dada ayam– dipotong kecil
- 1/2 biji bawang besar – dihiris halus
- 4 ulas bawang putih – diketuk
- 1 batang serai ptong 2/3 – dititik
- 5biji cili kering dikisar dengan 1/2 biji bawang besar
- 1biji Lobak merah yang dipotong mengikut kesukaan anda
- 4 batang Kacang panjang dipotong dalam 2 inci
- 1 biji tomato size besar dibelah 4/6
- Bunga kobis dipotong kecil
- 2 biji putik jagung buang kulit
- 6 biji Cili padi diketuk
- 5 helai daun limau purut
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar cili sos
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 labu bawang besar yang dipotong bulat (optional hiasan)
- 1 biji cili besar dipotong (optional hiasan)
CARA-CARA MEMASAK
- Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai.
- Biarkan sampai bawang garing Masukkan cili yg dikisar bersama bwg.Kacau sampai cili masak.
- Masuk cili padi Dan tambah cukup rasa maggi.
- Masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam masak.
- Masukkan sos tiram, cili sos, gula dan garam =sesuai rasa korang
- Masukkan lobak merah dan bunga kobis. kemudian dimasukkan kacang panjang.putik jagung
- Kacau sampai masak. dimasukkan daun limau purut,tomato ,hirisan bawang besar dan cili besar tadi.
Paprik ayam thai |
Menu aku harini. |
Paprik ayam thai siappp....
Kepah sos tiram
Assalamualaikum,
Demi cinta yang Suci kurela korbankan kepentingan diri,....halah2 ayat haha betullah sebab husband Ada kene la masak simpan sikit kemalasan aku ni untuk kemudian hari. Hari ni hari ke15 PKP semoga esok lebih baik.Sejak2 PKP ni rasa byk pulak masa terluang padahal memang suri rumah sebabnya husband Ada kt rumah jdi tugas mengasuh aleesa dibahagi sama rata.okaylah byk pulak cakap,hari ni masak kepah sos tiram,kepah masak lemak,paprik ayam thai dengan ikan goreng.Dua menu kepah sebab semalam beli kepah dengan kan sampai dua kilo.
KEPAH MASAK SOS TIRAM
Bahan-bahan
Cara
- 1kg kepah
- 3 ulas bawang putih - dihiris *
- 1 inci halia - dihiris memanjang *
- 6 biji cili kering - potong dua *
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- sedikit kicap
- sedikit gula
- minyak untuk menumis
- Sedikit air “optional “tapi aku bubuh
Cara
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan bertanda * dan tumis sekejap biar kuning dan naik bau.
2. Masukkan kepah, sos tiram,sos cili ,kicap dan kacau biar kepah bersalut sos, masukkan sedikit air dan tutup kuali sekejap , Terbalikkan kepah sesekali bagi masak rata /terbuka kulit, kale air byk Tunguska sehingga kering sedikit air,padamkan api.
3. Aku tak letak garam sebab kepah fresh tu pun dh cukup masinnya.
Kepah sos tiram siapppp.
Tuesday, March 31, 2020
Bihun sup ayam
Assalamualaikum
Bihun sup siapppp....
Harini kita buat bihun sup utara ‘derhaka’ sbb smbal merah takda tapi bihun still kuning.Boleh la nak makan sendiri nak cakap sedap tahap master tu tak la sebab aku dah kawen Baru masak sebelum tu tak.just try resepi viral2 jew.
Bahan-bahan
- Bahan-bahan untuk bihun:
- 1 pek bihun kering
- 1-2 sudu kecil serbuk kunyit
- air, untuk rendam bihun
- Bahan-bahan sambal kicap blender
- Cili hijau
- kicap manis
- gula dan garam
- bawang goreng
- Bahan-bahan untuk tumbuk:
- 1 biji bawang besar ,Kisar
- 3 ulas bawang putih ,kisar
- 2 inci halia ,ketuk
- Bahan-bahan untuk sup ayam (lain-lain):
- 1/2 ekor ayam, x perlu potong
- sedikit minyak
- 1 sudu rempah sup dibancuh dgn air
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- air secukupnya, anggaran 2 liter lebih
- 2 pokok daun sup,
- 1 ketul kiub ayam know,jika suka
- garam secukup rasa
- Cara-cara untuk sup ayam:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang,bahan kisar halus, rempah sup. Kacau sehingga kekuningan pecah minyak dan naik bau.
- Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan kacau sebentar. Masukkan air, batang daun sup, dan kiub ayam. Reneh sup ayam sehingga mendidih dan ayam masak.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Apabila ayam empuk keluarkn Utk dicarik isi ayam mcm buat Soto.tulang ayam masukkn semula kedalam periuk
- Bolehlah hidang bihun yang dicelur, bersama sup ayam dan bahan-bahan hiasan, termasuklah sambal.
Bihun sup siapppp....
Resepi kuih keria dan roti puri
Assalamualaikum,hey...
Roti Puri
Blog ni bukan takat dah bersawang je,anai2 dah buat kondo siap,hahahaha.
Hari ni dah hari ke 14 perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan sebab virus corona or covid19yang melibatkan seantero dunia..PKP ni masih dilanjutkan lagi sehingga 14/4/2020.lepas tu aku pun tak tahu apa jadi..
Sepatutnya entry ni aku tulis,trip to Japan tapi busy sangat,opsss lepas beberapa bulan blik dr Japan ak bertunang 6 bulan lepas tu aku kawen then 9bulan lepas tu ak diberi rezeki yang tak ternilai harganya,seorang puteri yang diberi nama “Nur Syafia Aleesa Binti Mohd Hizrin,lahir pada petang isnin jam 7.26pm 23dec2019.
Okay berbalik niat yang asal aku nak tulis resepi sebenarnya,haha untuk rujukan aku masa hadapan,Kuih keria Dan roti puri
Kuih keria
Bahan-bahan
-keledek klo besar 1biji
-Tepung gandum 1cwn
-Tepung ubi 1sudu kecil
-Garam
-Air 4tbs
-Gul 5tbs
Cara-cara
1.Rebus keledek sehingga lembut ,angkat dan lenyek.Masukkan tepung sedikit demi sedikit beserta garam.
2.Uli sehingga tidak melekit ditangan,bentukkan kemudian goreng.
3.Panaskan air masukkan gula,apabila gula hancur tutup api,gaul keria yang Telah digoreng tadi bersama air gula sehingga gula kering dan bersalut.
Siappppp...
Ehsan google.Gamba keria aku Ada dlm phone.tapi sama mcm nie. |
Bahan-Bahan
-2cwn Tepung gandum
-1sudu kecil minyak masak
-1/2 sudu kecil garam
-1/4 air.
Cara-cara
1.Masukkan semua bahan kedalam bekas,kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.kalau melekit tambahbsedikit minyak.
2.Apabila doh sudah tidak melekit rehat kan selama 10min.
3.Bentukan bulat sebesar penutup botol kemudian leperkan.
4.Apabila hendak goreng,didalam minyak panas tekan doh tadi kedalam minyak supaya menjadi kembung.Siapppppp.
Roti puri tanpa yis boleh makan bersama sadin,sambal,kuah kari or terpulanglah. |
Siap sudah dua resepi saya kuih keria dan roti puri tanpa menggunakan yis.Semoga bermamafaat..
Doaku semoga virus corona ini cepat berlalu,semoga allah menghilangkannya sebelum ramadhan yang tak sampai sebulan lagi..Yaallah ampunilah kami,berikan kebaikan yang berganda kepada frontliner yang bersusah payah mengharungi saat getir ini...amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)